1,000 Sertai Jambori Pengakap MRSM

Oct 21st, 2008 | By admin | Category: Jamborees

Seramai 1,000 ahli pengakap daripada 40 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara akan menyertai Jambori Pengakap MRSM SeMalaysia kali ke-20, di Taman Minjaroes MRSM Jeli di sini mulai 16 Oktober lalu yang berakhir esok. Pengetua MRSM Jeli, Mohamad Ali Mohamed berkata, jambori itu merupakan acara tahunan MRSM dan Jeli terpilih menjadi tuan rumah kali kedua selepas melaksanakan pada tahun 2005.

Katanya, sepanjang jambori itu, tujuh aktiviti disenaraikan untuk dijalankan oleh ahli pengakap terlibat iaitu kawad kaki, kawad tongkat, masakan rimba, membina tempat berteduh dan membina menara daripada buluh.

''Kemampuan termasuk membina dapur, tempat membasuh dan tempat menyusun keperluan dapur juga akan dipertandingkan, manakala malam kebudayaan pula sebagai acara puncak jambori berkenaan," kata beliau dalam kenyataannya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, semua aktiviti berkenaan berlangsung di tapak perkhemahan Taman Minjaroes bersesuaian dengan singkatan nama Minjaroes (minda, jasmani, rohani, emosi dan sosial).

Katanya, penutupan jambori itu disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah Mara, Md. Rahim Salim.

Source: Utusan Malaysia


bookmark 1,000 Sertai Jambori Pengakap MRSM
Tags: ,

Leave Comment

What is the color of the sky?