Kembori Titiwangsa Ke-8

Feb 23rd, 2001 | By admin | Category: Local

SERAMAI 150 anggota pengakap beberapa buah sekolah dan pusat pengajian tinggi swasta menghadiri Kembori Titiwangsa Ke-8 di Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kem Titiwangsa terletak bersebelahan dengan bangunan Pusat Kebudayaan, Jalan Temerloh, di tengah-tengah `hutan batu' ibu negara.

Di situ, mereka `berkampung' selama tiga hari dua malam.

Kembori itu adalah atas inisiatif Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Ismail Omar, Pesuruhjaya Pengakap daerah Titiwangsa, Abdul Razak Shahidan, dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan serta Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kategori umur iaitu sekolah rendah satu kumpulan, dan sekolah menengah kumpulan berasingan.

Antara aktiviti menarik ialah memasak makanan rimba, contohnya seperti telur dimasak dalam ubi kentang, roti lilit dibakar, mendirikan pondok sementara `bivovac' dan sebagainya.

Latihan kawat kaki turut diadakan, yang diajar oleh anggota tentera dari kem tentera Kentomen, sarjan Mohd Affandi Abdul Hamid, pertolongan cemas oleh guru Sekolah Menengah Yaakob Latiff, Wan Yusri dan cara penyediaan laporan aktiviti serta mesyuarat rasmi yang disampaikan oleh wakil ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia


bookmark Kembori Titiwangsa Ke-8
Tags: ,

Leave Comment

What is the color of the sky?