Kluang Aurora Air Rover Scout Crew
Jul 31st, 2008 | By admin | Category: CrewsAurora Rovers Air Scout merupakan sebuah organisasi yang terdiri dari belia yang berumur 18 tahun ke atas yang masih terus berpengakap sebagai pengakap dewasa di Daerah Kluang, Johor. Aurora Rovers Air Scout terdiri daripada Pengakap Kelana Udara & Darat. Aurora Rovers Air Scout mempunyai ahli seramai 30 orang yang ahlinya terdiri dari yang bekerja, menuntut di Universiti dan Pra Universiti.
Kami amat berbangga kerana ahli kami dapat bersatu dan bergabung menjadi satu krew walaupun terdapat perbezaan umur dia antara ahli kami. Kami berusaha bagi mengekalkan semangat berkumpulan ini bagi menjana satu krew kelana yg mantap dan gemilang. Kami juga berusaha bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berpengakap yang menarik dan berfaedah untuk semua ahli krew.
Krew kami juga aktif mengikuti segala aktiviti yang dijalankan oleh Krew Kelana daerah lain di Johor bagi memupuk semangat bersatu di dalam Kelana Johor. Kami juga berharap semangat ini terus bersinar dan tidak akan luntur sampai bila-bila.
Scouting Spirit Never Die!!
Official Site: Aurora Air Scout Rovers





Hi Semua,
Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Lawa lawa gambar. Boleh exchange?? Check us out at
http://soasairscouts.blogspot.com/
Cheers