Subscribe via RSS Feed

Kubang Pasu ‘K’ Rover Scouts Crew

Pertubuhan Pengakap Kelana K Daerah Kubang Pasu atau dikenali sebagai KNIGHT ROVERS adalah anak bongsu kelana di Daerah Kubang Pasu. Knight Rovers ditubuhkan pada 21 April 2008 oleh Syafik Asyraf dan rakan-rakan kelana K. Kumpulan ini amat aktif di Daerah Kubang Pasu khasnya dan Negeri Kedah Amnya.

[ad#msgp-posts]Pada permulaan Krew ini di satukan dalam satu Perkhemahan Manikayu Peringkat 2 KLKM UUM di Wisma Kelana Seri Angkasa, Sungai Lalang oleh Tn Hj Hassan b. Hashim (Penolong Persuruhjaya Negeri Kedah Bahagian Keagamaan dan Jurulatih KLKM UUM).

Setelah selesai perkhemahan berkenaan krew ini mula berbincang untuk menubuhkan Krew Kelana. Pada permulaan Krew ini hendak ditubuh di bawah Daerah Kota Star, setelah berbincangan bersama Persuruhjaya Daerah Kota Setar menemui jalan buntu. Krew ini merujuk semula kepada Tn Hj Hassan b. Hassim mengenai status penubuhan dan beliau mencadangkan krew ini di tubuhkan di Daerah Kubang Pasu.

Krew kemudiaannya menemui Tn Hj Azhar Persuruhjaya Daerah Kubang Pasu. Setelah selesai perbincangan krew ini diberi kelulusan untuk menubuhkan krew kelana dan diberi Huruf “K”. Pada permulaan krew ini hanyalah seramai 10 orang dan berakhir November 2008 krew ini telah mencecah hampir 40 orang. Ahli krew Knight Rovers terdiri dari mereka yang bekerja, lepasan IPTA/ IPTS dan lepasan sekolah. 

sl_kubangpasukrovers2

Latar belakang ahli krew Kelana Knight Rovers terdiri dari bekas pemimpin KLKM dan ahli KLKM, bekas Pemimpin dan Penolong Pemimpin Daerah, Pengakap Raja dan bekas krew kelana daerah. Kebanyakan ahli krew telah mempunyai manikayu. Selain itu setiap dari ahli krew Knight Rovers mempunyai kemahiran pengalaman yang tersendiri dan apabila disatukan ia menjadi mantap dan kuat.

Krew Knight Rovers juga mempunyai kelebihan kerana telah mempunyai ahli yang telah menyertai program bukan sahaja di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan malah ada diantara ahli telah mewakili Malaysia keperingkat antarabangsa iaitu di Bangkok, Thailand dan Cairo, Egypt. 

Program pertama yang disertai oleh KNIGHT ROVERS ialah memberi Sidang Kursus Manikayu Peringakat I KLKM UUM di Sintok kemudiaannya kami dijemput untuk menjadi urusetia Perkhemahan Berlencana Pengakap Muda Remaja dan Kanak Kanak Daerah Kuala Muda di Pusat Kegiatan Pelajar Yan. Selepas itu, kami dijemput untuk mengendalikan Perkhemahan Pengakap Sek. Men Keb Jitra di Wisma Kelana Seri Angkasa.

Krew juga di beri peluang untuk menguruskan Perkhemahan Berlencana Sek Men Keb Tengku Abdul Malik, Alor Star di Pusat Kegiatan Pelajar Yan. Krew Knight Rovers juga telah menganjurkan Perkhemahan Asas kelana di Pusat Kegiatan Pelajar Yan. Krew Knight Rovers juga diberi peluang untuk menjadi Urusetia Perkhemahan Mini Jambori Kedah di Sek Men Keb Padang Chicar, Sik dan Kami juga di beri peluang untuk menguruskan Perkhemahan Maritim Pengakap Kelana Pulau Bunting, Yan Kedah.

Penghormatan yang terbesar bagi Krew Knight Rovers adalah Pelantikan Pemimpin Knight Rovers sebagai Jurulatih Pengakap Kelana bagi Kolej Universiti INSANIAH, Alor Star. Matlamat untuk tahun 2009, Knight Rovers bercadang untuk menganjurkan cabaran Pengakap Kelana Peringkat Negeri Kedah.

Source: Knight Rovers

[ad#msgp_txtlnk]

Popularity: 16% [?]

  • Digg
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Mixx
  • StumbleUpon
  • Yahoo Buzz
  • Slashdot
  • Reddit
  • Share/Bookmark

Tags: , , , , ,

Category: Spotlite

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

Comments (14)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. sentinel103 says:

    la …. kite pernah sama2 berkhemah pulau bunting ……. kami dari Hilir Perak.

  2. rafiqkie says:

    akum! harap2 group korang mantap yer…hehehehehehe!

  3. Knight Rovers says:

    >>sentinel103>>Hahah… Geng Hilir Perak… Yang terbaik dari ladang…. Korang memang best lar… Bila pula kita boleh berkumpul macam dulu ya… Kenangan pulau bunting sentiasa dalam ingatan kami…

  4. Knight Rover says:

    >>MSGP-i admin>> “Knight Rovers ditubuhkan pada 21 April 2008 oleh Syafik Asyraf dan rakan-rakan kelana K.”……….

    Maaf…. Pembetulan……..Padamkan “Oleh syafik Asyraf” dan gantikan dengan bekas ahli kelana kota setar.

    Harap Maklum…

  5. kelana poyo says:

    di tubuhkan oleh bekas ahli kelana kota setar. mesti kelana nie kelana bermasalah keluar kota setar nak tubuhkan kat kubang pasu. skrg kelana knight rovers dah mati lah……..

  6. kelana poyo says:

    Penghormatan yang terbesar bagi Krew Knight Rovers adalah Pelantikan Pemimpin Knight Rovers sebagai Jurulatih Pengakap Kelana bagi Kolej Universiti INSANIAH, Alor Star

    padam ayat diatas……..
    …….. Knight Rovers tak layak jadi Jurulatih pengakap… ilmu pun tak cukup ada hati nak jadi jurulatih. cermin diri tu dulu. takat dok kampung kerja kilang ada hati nak jadi jurulatih kuat bodek bolehlah….. hahahaha. hati hati dengan bekas kelana kota setar (Knight Rovers) dari pemimpin sampailah ahli bawahan semuanya buaya terutamanya kembar….. ahli-ahlinya pun tak disiplin rambut panjang, merokok. lambat serba serbi, muka bertalam. pernah tu, sekolah kami mewakili perkhemahan di sintok bekas kelana kota setar nie berat sebelah semua bagi menang pada SMK CHANGLUNG itu pun disebabkan bekas kelana Kota Setar ini jurulatih pengakap SMK CHANGLUN. sungguh tidak adil….. bagi sekolah2 di kedah terutama di kubang pasu dan kota setar berhati2lah dengan bekas bekas ahli kelana kota setar ini…..API DALAM SEKAM. Sungguh tidak layak mereka menjadi jurulatih…..pernah juga bekas kelana kota setar ini datang ke sekolah kami. di jemput hanya untuk mengendalikan base tetapi bila kehadiran mereka telah mengubah semua aturcara perkhemahan…. dan paling menyedihkan mereka hanya ada pada waktu malam itu pun sekejap kemudiannya nya keluar makan beramai2 dan meninggalkan aktiviti serta peserta. ADAKAH ITU KELANA SEJATI…. FIKIRLAH WAHAI RAKAN2 PEMBACA SEKELIAN… setakat ahli 3 empat orang tak perlulah nak buat program2 besar dulu belajar dulu jadi manusia. sebelum mengajar orang lain menjadi manusia.

  7. rafiqkie says:

    ni boleh x JGN cari pasal dlm blog ni atau sapa2 pn…kita pengakap bersaudara la bukan nk cari gaduh, kaji dulu dasar & matlamat penubuhan pengakap & gi ambik VIGIL semula klu nk jadi pengakap!

    • yusuf says:

      ya betull tu . kalau ada silap tu . perbaiki la slow2 . mana ada manusia yg tak buat silap

  8. pengakap k says:

    pi kem kat sintok kalah 2diam la..kita bertanding dgn adil….

  9. yusuf says:

    salam penagkap . macam mana tahun nie punya program pengakap . ada perubahan atau di di tahap lama lagi . dari senior Pengakap Kelana

  10. yuss79 says:

    belajar dari kesilapan diri sendiri

  11. yuss79 says:

    belajar dari kesilapan sendiri

  12. msgp says:

    salam pengakap,
    artikel mengenai Knight Rovers yg saya muatkan di sini adalah salinan drp blog krew tsb. tujuan saya memuatkan profil krew & trup disini adalah utk mempromosi pengakap supaya org yg berminat utk menyertai kelana boleh berbuat demikian.

    sekiranya artikel tersebut kurang tepat, saya ingin memohon kepada tuan empunya krew tersebut memberikan saya artikel terbaru mengenai profil krew ini supaya kekusutan yg ada bolehlah di selesaikan.

  13. Osman bin Chain says:

    Salam Pengakap & salam 1 Malaysia,

    Tahniah kerana saudara semua memilih Pengakap. Undang-undang Pengakap yang ke 10 – Pengakap ….. "suci fikiran, perkataan dan perbuatannya." Saling memaafkan, perbaiki kesilapan, saling membantu dan sebagainya. Sila hubungi saya jika anda benar-benar PENGAKAP dan ada semangat ingin menolong. Anak-anak sekelian diluar sana ramai adik-adik Pengakap yang perlukan bantuan. Email saya: 9w2obc@gmail.com ; sila hubungi saya untuk apa saja tujuan demi kemajuan Pengakap Negeri Kedah & Pengakap Malaysia.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.