Subscribe via RSS Feed

Perhimpunan Raksasa Pengakap

KUALA LUMPUR 17 April – Kira-kira 5,000 pemimpin pengakap dari seluruh negara akan menghadiri sambutan 100 tahun Kepengakapan di Malaysia di Stadium Negara pada 25 April ini. Perhimpunan raksasa anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia itu adalah julung kali diadakan di negara ini. Perhimpunan itu bakal dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri yang juga merangkap Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

[ad#msgp-posts]Pesuruhjaya Ibu Pejabat Perhubungan Awam Persekutuan Pengakap Malaysia, Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, antara objektif perhimpunan itu adalah untuk menggabungkan ahli pengakap dari segenap lapisan termasuk kanak-kanak, remaja, belia dan para pemimpin badan beruniform lain.

“Perhimpunan yang akan turut dihadiri oleh beberapa wakil luar negara itu juga bertujuan untuk mengingati dan menghargai jasa serta perjuangan pengakap selama 100 tahun yang lalu,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya lagi, antara aktiviti yang dirancang termasuk pameran 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia yang akan dibuka selepas tiga hari kepada orang ramai bermula 23 April.

ft_scoutassembly1

ft_scoutassembly2

Selain itu, beliau berkata, perhimpunan itu turut menyajikan persembahan tarian tradisional gabungan ahli pengakap kanak-kanak dan pengakap muda beserta paluan kompang.

ft_scoutassembly3

ft_scoutassembly4

”Orang ramai dialu-alukan menyertai perhimpunan itu di samping melihat dan mengetahui asas dan hala tuju pertubuhan ini sejak 100 tahun yang lalu dengan lebih dekat lagi,” katanya.

ft_scoutassembly5

ft_scoutassembly6

Selain itu, menurut Irmohizam, Persekutuan Pengakap Malaysia adalah pertubuhan beruniform tertua di negara ini.

Sumber: Yeoh Peng Hong (Photo) &  Utusan (Berita)

[ad#msgp_txtlnk]

Popularity: 3% [?]

  • Digg
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Mixx
  • StumbleUpon
  • Yahoo Buzz
  • Slashdot
  • Reddit
  • Share/Bookmark

Tags: , , , , , , ,

Category: Feature

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Salam pengakap, dan salam kenal

    Terimakasih sudah mengunjungi blog kami, kami yakin persaudaraan dalam kepanduan akan menghilangkan perbedaan antara kedua bangs. Walau terlambat, kami sampaikan selamat ulang tahun kepada Kepengakapan Malaysia. Semoga selalu jaya.

    Kalau diijinkan, kami ingin menaut site ini ke blog kami.

    Salam pengakap,
    XP2 Scout Indonesia

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.