Persaudaraan Pengakap Raja di Facebook
Pada bulan Jun 2008, pihak MSGP telah menubuhkan perkumpulan maya Persaudaraan Pengakap Raja (PPR) (King Scout’s Brotherhood) di Facebook bawah Facebook Group. Kumpulan ini telah bergerak aktif dengan ahli seramai 200+ menjelang tahun 2010.
Tujuan penubuhan kumpulan ini adalah untuk mengumpul ahli-ahli pengakap yang terdiri dari Pengakap Raja lepasan dan yang masih dalam perkhidmatan.
Di alam perkumpulan ini, ahli digalakkan bertukar-tukar fikiran dan pengalaman selain berkenalan untuk meluaskan jaringan persahabatan pengakap. Selagi topik tidak bertentangan dan bercanggah dengan prinsip pengakap, diskusi yang aktif amatlah dialu-alukan.
Kumpulan ini bertindak sebagai perkumpulan sementara menunggu perasmian laman web rasmi PPR dimasa-
masa akan datang. Sekiranya terdapat jemputan daripada organisasi rasmi PPR untuk menjadikan perkumpulan ini sebagai perkumpulan rasmi, pihak MSGP bersedia menyerahkan urus tadbir kepada pihak PPR/PPM untuk faedah dan kebaikan semua pihak.
Walau pun, perkumpulan ini bukan dibawah tadbir PPM, ahli-ahli adalah digalakkan menghormati organisasi induk dengan menjaga tingkah laku dan tatatertib selari dengan prinsip pengakap.
Pada bulan Januari 2010, perkumpulan ini telah dimigrasikan kepada Facebook Page yang menyediakan ruangan yang lebih interaktif dengan integrasi RSS yang membolehkan artikel disalurkan dengan mudah daripada blog dan Google Alert.
Kepada semua bekas Pengakap Raja yang masih meminati Pengakap dan mempunyai akaun Facebook, sila-silalah berkunjung ke Facebook Page PPR anjuran MSGP di alamat ini. Dan untuk yang mempunyai sijil Pengakap Raja, anda bolehlah mendaftar sebagai ahli melalui laman web Association of Top Achiever Scouts (ATAS) (Persatuan Pencapaian Tertinggi Pengakapan). ATAS adalah jaringan pemegang lencana pencapaian tertinggi yang mengumpulkan semua pengakap di seluruh dunia.
Anda digalakkan menyertai kumpulan ini sekiranya anda seorang Pengakap Raja bagi meramaikan lagi keahlian untuk mewakili Malaysia.
Popularity: 13% [?]
Category: Local

