Subscribe via RSS Feed

Titiwangsa ‘I’ Rovers Scout Crew

Penubuhan pasukan ini pada tahun 1999 bertarikh 7 jun. Ianya adalah hasil perbincangan bersama antara bekas pelajar Sekolah Menengah Yaakob Latiff, Sekolah Menengah Taman Maluri serta beberapa sekolah menengah terdekat dalam daerah Titiwangsa. Di terajui oleh Pemimpin pertama pasukan, iaitu En Razik Tiksoy, dibantu oleh En Wan Yusri Wan Idi, En Hamizar Hadi, En Mohd Azray Yahya. Mendapat sijil pendaftarannya pada tahun yang sama bertarikh 13 ogos yang bernombr pendaftaran M 9307.

[ad#msgp-posts]Menupukan kepada pendekatan baru dalam menjalankan aktivit berpengakap dan mengolah serta mengorak langkah dalam penganjuran yang ebih bertanggungjawab sekaligus berkonsepkan kependidikan dan “experiential learning” kepada muda remaja dalam menjalin hubungan sosial berakhlak.

Pasukan ini menerima sesiapa sahaja belia yang berminat untuk menjadi ahlinya serta mampu untuk mengikuti landasan kepengakapan yang disediakan secara tidak langsung menanamkan minat kepada golongan belia dalam daya usaha yang positif ke arah semangat cintakan agama, bangsa dan negara.

Disertai oleh individu yang pelbagai latarbelakang serta profesion, tanpa memikirkan pangkat, darjat dan menempatkan diri secara bersederhana, mengikut konsep keluarga dalam Pasukan.

Legasi Kedua
Setelah beberapa tahun penubuhan serta perjalanan program yang melibatkan pihak Pengakap negeri serta Pengakap daerah, satu demi satu lakaran sejarah telah tercipta.

sl_titiwangsaintanrovers2

2004 menyaksikan munculnya Pesuruhjaya daerah yang baru, En latif Abu Hassan, yang dahulunya menerajui posisi Pen. Pesuruhjaya Daerah(Kelana) mengorak langkah serta menyusun strategi baru dalam memartabatkan Kelana dan memberi nafas baru dalam gerakan belia berpengakap.

Penukaran kuasa serta kepimpinan dalam pasukan, dinasihati oleh Tn Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin pasukan yang lama(yang mana beliau mempunyai komitmen yang lain). bersetuju menyerahkan ‘baton’ dibawah kepimpinan Saudara Dzulfikar Kamal.

Hari ini, dengan keahlian yang ’sedang-elok’ jumlahnya, meneruskan kesinambungan berpengakap.

” ‘ i ‘ itu tegak, ibarat satu jasad dan satu akal, walau apa terjadi, ianya pasti akan tetap berdiri walau seorang…”

Sebarang pertanyaan, Cadangan, komen sila kemukakan kepada jawatankuasa krew yang berkenaan

Info Intan:
Tel.: 014-3677789
Fax.: 03-92876629
info@kelana-intan.org.my

Aplikasi Web:
Tel.: 019-6322360
Fax.: 03-92876629
webmaster@kelana-intan.org.my

Setiausaha Krew:
Tel.: 017-3536776
haqqim@kelana-intan.org.my

Alamat:
PASUKAN PENGAKAP KELANA INTAN TITIWANGSA
D/A NO 14 JALAN WIRAWATI DUA,
TAMAN MALURI, 55100 K.L
Telephone: +6014 3677789
FAX: +603-92876629
E-mail: info@kelana-intan.org.my
Laman web: http://www.kelana-intan.com.my

Popularity: 4% [?]

  • Digg
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Mixx
  • StumbleUpon
  • Yahoo Buzz
  • Slashdot
  • Reddit
  • Share/Bookmark

Tags: , ,

Category: Spotlite

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.